suka-
biasa lah, manusia. Tak mampu lari daripada perasaan suka kepada seseorang. sejak lahir kita semua telah dianugerahkan sekeping hati yang menyimpan beribu perasaan dan semua perasaan itu bercampur dengan duka dan gembira. bagi aku, kalau nak terjemahkan perasaan suka kepada seseorang itu dari sudut perbuatan tu maksudnya, kita tak kenal rapat pun dengan dia, kita just tahu nama umur and so on basic info. Tapi setiap kali kita tengok muka dia, kita jadi happy even dia tak buat apa apa pun. kita suka cara dia bercakap, melawak, makan, jalan, berpakaian. semua tu membuatkan kita jadi tertarik dengan dia. tanpa kita sedar kita adore dia dalam diam dan sentiasa nak ambil tahu semua benda tentang dia.
cinta-
cinta hadir tanpa paksaan dan kadangkala tanpa kita sedar perasaan suka boleh berubah kepada cinta. bila kau dah mulai mencintai seseorang, kau takkan mampu untuk kehilangan dia, kerana dia dah jadi sebahagian daripada hidup kau. kau dah mula fikir jauh untuk hidup dengan dia. dan dengan cinta, ego kau suatu saat pasti akan turun. dengan cinta, kekecewaan kau pasti akan diketepikan demi menjaga perasaan dia. dengan cinta, memaafkan lebih baik daripada kehilangannya. kerana apa? kerana kau tak mampu hidup tanpa cinta dia yang telah membuatkan kau rasa sempurna dan lengkap bila bersama.
sayang-
sayang adalah perasaan yang paling mendalam yang kita akan rasa kepada seseorang. sayang mengatasi cinta dan suka. apabila kau nampak semua kelemahan dia yang dia tunjukkan kepada kau tanpa berselindung dan kau masih terima dia seadaanya, itu sayang. apabila dugaan datang dan kau terpaksa meninggalkan dia demi melihat dia bahagia, itu sayang. tak semua yang kita inginkan akan kita dapat. tak semua orang yang kita sayang akan jadi milik kita. dan tak semua yang kita sayang akan kekal selamanya. kehilangan tu menyakitkan dan disebalik kesakitan, kekuatan telah ditanam agar kita sentiasa bersedia meniti hari yang mendatang.
-penulis jalanan-
No comments:
Post a Comment