Saturday, 31 January 2015

ratu hati.

   bercakap pasal ibu, kekadang membuatkan aku sedih tanpa kata.


mak, 
andai yatun dapat kembali ke masa lalu, tiada sedetik pun masa yang yatun akan bazirkan tanpa menemani mak di sisi. 

dulu time mak sakit sampai lumpuh dan dah tak mampu lagi untuk bercakap, yatun selalu tanya abang bila mak boleh cakap lagi. yatun tak rasa yang yatun boleh hidup tanpa mak.. 

bila mak dah takda di dunia, yatun bagaikan hilang tempat bergantung. bila yatun sedih takda apa yang mampu yatun buat selain berdoa kepada yang maha mendengar dengan harapan apa yang yatun rintihkan mak pun akan dengar. 

sebab tak semua orang faham yatun.. selain mak. 

orang yang tak pernah merasai kehilangan kasih sayang seorang ibu memang takkan faham apa yang kita alami. kekadang menangis sendiri namun tiada yang menenangkan diri, semua itu membuatkan aku kuat.

kuat- 
  dalam menjalani kehidupan di kalangan manusia yang berbagai ragam. 

terkilannya aku kerana tidak dapat membuatkan mak tersenyum gembira disebabkan aku, sebelum mak pergi meninggalkan dunia yang fana ini.

mak,
yatun janji, doa yatun kat mak takkan pernah putus. rindu yatun pada mak takkan pernah pudar. sejauh mana pun mak pergi tinggalkan yatun, tidak hilang sedikit pun rasa sayang yatun pada mak. 

    jaga dirimu di sana ratu hati, doa anakmu sentiasa mengiringi. 

   -al fatihah-





Friday, 30 January 2015

saying yes

when it comes to about my life, i choose to stay silent about anything else...



its not like i dont want to share anything with anyone, its because i'm afraid.
afraid of leaving. people easily to come into my life and go out from it without noticing i'm gonna change after they left. changing into someone that i do not suppose to be. it was not my choice, my path my future, i'm not choosing it, it has been chosen for me. 

once in awhile, i keep asking myself what i really want in my life actually and after that i can't even answer my question. it so hard to be me. finding myself between the dream and the reality. i'm trying as hard as i possibly can not to think beyond. 

but i must accept that where human beings and their emotions are involved no one can ever be 100% certain of anything. i have to be happy because life is a choice. whether u want to be good in ur life or suffering a thousand feeling of depression. i have to catch up my dream and professionally could not been happier just for that. i have to achieve it. then i would deserve to be happy as soon as forever. 

sure you can be happy, as long as you know how to handle the things that make you sad and brighten yourself like a moon showing it beauty even in the darkness. long lasting happy life wasnt exist but you always have the potential to make yourself happy with your life. 



salam jumaat. 





- penulis jalanan






Monday, 26 January 2015

20 facts about me.

1. Nama hayatul tapi org rapat panggil tun. bukan kak ton bukan tomtombak.
2. cepat fobia.
3. cepat rasa bersalah tp tak tunjuk.
4. ego (well who doesnt have it?)
5. kitkat is my fav choc.
6. suka memasak masakan pastry.
7. takut cicak.
8. takut binatang berbulu. 
9. cepat baca fikiran org.
10. tak suka ditunggu.
11. suka membaca. 
12. susah nak lupakan org. 
13. bukan jenis pendendam tp perahsia.
14. paling tetarik dgn lelaki yang hormat org tua and jaga solat.
15. tak suka warna ungu.
16. jenis tak suka ambil tahu hal org yg aku tak suka. 
17. cepat tersinggung.
18. susah nak sayang org.
19. i prefer handbag rather than shoes dun know y 
20. i love being myself. 



 

berliku.

berbatu jauh aku berlari, 
tiada yang kejar menghampiri,

detik berlalu pantas menyusuri, 
diri ini masih tidak dicari, 


    - titik noktah itu pada kau

bukan dia atau mereka.


kau yang pegang detik masa kau tanpa dipaksa,
kau yang tentu ending jalan cerita kau,
    
   tanpa direka. 


tiada siapa yang menurut tiada yang diturut. 
  

  detik waktu itu ditentukan oleh 


-kau




- penulis jalanan


Wednesday, 21 January 2015

syukur perlu kasi kpd tuhan, bro

"life is not unfair sometimes"


 sapa kata tak adil? tuhan kau MAHA ADIL tau.
 itu sifatnya yang kekal. apa kau nak pertikai,
 kau tu hamba? layak ke?

    

      disuapnya rasa kenikmatan mampu bernafas, cukup anggota badan, cukup sifat,
   hidup tak mati kebuluran, pernah kau rasa bersyukur? 


manusia-

susah nak dipuaskan hatinya sendiri.
 nikmat diberi, syukur terhenti. 

ketika musibah menghimpit, 
dada tersepit, 
mencari tuhan terjerit jerit.

kau rasa kau layak mendapat pertolongan? 


     tepuk dada tanya otak ok?



- penulis jalanan


hikayat separuh mati.

   assalamualaikum,

  


   dipinggir hati mungkin orang tak tahu atau memang takkan tahu, pengalaman dulu masih menghantui. aku tak faham kenapa Allah biar aku lalui ujian yang melibatkan hati. aku bukan jenis yang suka berdrama tpi luka dulu sgt dalam utk aku rawat.

   kekadang aku terfikir nak balas dendam, biar kau pun rasa perit ditipu, menunggu org yg akhirnya pergi kepada org yg dia inginkan. tapi itu bukan aku, yang sanggup buat org yg ikhlas mencintai berasa sedih disbbkan kepentingan diri.

   aku tak pernah doakan yg buruk kpd yg pernah singgah di hati. jauh sekali memasang dendam. biar aku nampak jahat di mata org, biar aku dikutuk dgn org2 yang kosong halnya yg dia ketahui ttng kita, 

   asalkan tiada yang memanggilku bodoh, kerana masih berdoa agar dipertemukan jodoh, dgn org yg telah menyakiti ketika hati sdg bodoh mempercayai separuh mati. 



"cinta itu memang buta, sampaikan kita tak dpt nak beza harga sebuah cinta atas kejujuran atau cinta atas rupawan yang tak terus kekal menawan" 





- penulis jalanan