bercakap pasal ibu, kekadang membuatkan aku sedih tanpa kata.
mak,
andai yatun dapat kembali ke masa lalu, tiada sedetik pun masa yang yatun akan bazirkan tanpa menemani mak di sisi.
dulu time mak sakit sampai lumpuh dan dah tak mampu lagi untuk bercakap, yatun selalu tanya abang bila mak boleh cakap lagi. yatun tak rasa yang yatun boleh hidup tanpa mak..
bila mak dah takda di dunia, yatun bagaikan hilang tempat bergantung. bila yatun sedih takda apa yang mampu yatun buat selain berdoa kepada yang maha mendengar dengan harapan apa yang yatun rintihkan mak pun akan dengar.
sebab tak semua orang faham yatun.. selain mak.
orang yang tak pernah merasai kehilangan kasih sayang seorang ibu memang takkan faham apa yang kita alami. kekadang menangis sendiri namun tiada yang menenangkan diri, semua itu membuatkan aku kuat.
kuat-
dalam menjalani kehidupan di kalangan manusia yang berbagai ragam.
terkilannya aku kerana tidak dapat membuatkan mak tersenyum gembira disebabkan aku, sebelum mak pergi meninggalkan dunia yang fana ini.
mak,
yatun janji, doa yatun kat mak takkan pernah putus. rindu yatun pada mak takkan pernah pudar. sejauh mana pun mak pergi tinggalkan yatun, tidak hilang sedikit pun rasa sayang yatun pada mak.
jaga dirimu di sana ratu hati, doa anakmu sentiasa mengiringi.
-al fatihah-
No comments:
Post a Comment